peppermint thanks mint for the love

~~spread the love~~

letter from syria..

copied from ustazah rozana’s multiply…….. and i am so touched. so here it goes…………..

 

Saturday, February 07, 2009

Larut Malam (adapted from Farahin)

 

 

As I’m writing this, perhaps u all are already in sweet dreams. Maybe some even are still smiling in your sleep from much joy of the graduation day earlier. I know that I’m happy to be here.. after such a long wait. But I can’t deny that a tiny part of me wish I could be there. And I’m sorry that I couldn’t. Kalau lah boleh buat mcm Barney, “let’s pretend” and “use ur imagination” jer terus boleh tukar pergi place yang kite nak…. (ok I know, I’ve enough of Barney, thnx to tuqa).

 

So, today was your special day. Each and every one of you. You people deserved this day. After so much effort and many sacrifices. I still remember those sullen faces. I still remember those disheartened words. I still remember those dampened spirits.

 

“Zah… tadi Balaghah maut seh”

“Zah.. Insya’ tak faham apa benda pun”

“Zah… next paper blum bukak buku pon”

“Zah, saya konfem paper ni takde harapan. Harapkan next punya subject combination jer lah.”

“Zah, tadi paper.. apa sey.. Ust ******* ckp part yang bla bla tak masuk abeh ada qstn sal tu jugak.”

 

And I vividly remember this sms coming from Utt “Zah, doakan kita semua kuat nak teruskan perjuangan. Kita satu2 dah down lps paper ****** tadi.”

 

And do you still remember in the midst of your everlasting prelims, one after another fell sick?

 

Yet you people hanged on. The term “give up” is never in your vocabulary. Even for those whom, I know, tried to give up. Yet you still didn’t. And that is why I’m proud of you people. There was a moment I felt kinda cheated by all your complaints when I received your results by the asatizah. Markah semua tinggi2 belaka. Bila sazah key in, grade A & B ajer yg banyak.  Alhamdulillah, bijak anak2 semua.  Tak sia2 sazah risau.

 

And earlier today, the joy and pride that you felt deep in your hearts, that radiated through your faces, flew miles away to me here in Syria. It made me fight sleep just so that I can type out my thoughts and share the joy. How I wish I could send sms or email, but my phone was send for repair along with the sim card and all the numbers… so maybe I’ll send an email soon.

 

Somehow, I know that you all know that I do remember you just like you all remember me and that you all know that I also know that you all remember me. Bah.

 

Anyways… here’s a special graduation gift for each & every one of you on this special day. A precious little gift from me….

 

 

“ Bismillahirahmairrahim.. Alhamdulillah was solatu wassalamu ‘ala Rasulillah…….

Ya Allah, sesungguhnya Engkau menjadi saksi bahawa telah ku halalkan setiap ilmu yang ku curahkan. Telah ku maafkan segala kesilapan mereka yang di dialam pengetahuanku mahupun tidak. Telah ku redhai langkah mereka dalam menggapai ilmu-Mu ya Hakeem….

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Bahawasanya segulung syahadah yang kini di dalam genggaman kami hanyalah sehelai kertas cuma. Bahawasanya yang bererti di sisiMu adalah ilmu di dada kami. Ilmu dan amal. Namun ya Allah, Kau jua mengerti bahawa dunia mengiktiraf kertas ini. Bahawa kami sukar maju tanpa kertas ini. Ya Allah, jadikanlah syahadah kami ini satu wasilah dan bukan hadaf. Wasilah untuk syahadat yang lain – ijazah sarjana muda, sarjana dan seterusnya doktor falsafah. Dan jadikanlah kertas2 itu juga sebagai wasilah, kerana hadaf kami adalah ilmuMu ya Hakeem. Hadaf kami seungguhnya ialah keredhaanMu.

      

Ya Allah, pada hari yang penuh barakah ini, anugerahkanlah keikhlasan pada hati2 kami. Tanamkanlah sifat tawadhu’, zuhud, dan cinta pada ilmu dalam hati2 kami. Ya Allah, hiasilah diri kami dgn akhlaq mahmudah, dan lindungilah diri kami dari perasaan riya’, sum’ah, ‘ujub, sombong dan segala penyakit hati yang boleh membutakan kami,

 ya Rabb.

Ya Allah, Kau berkatilah ilmu kami yang cetek ini. Manfaatkanlah ilmu yang ada pada kami dan tinggikanlah darjat serta kemuliaan kami dengan ilmu yang bermanfaat. Kau jadikanlah kami orang2 yang dapat menaburkan bakti kpd masyarakat dan agama dengan ilmu2 kami, ya Allah. Berkatilah ilmu kami dengan amal yang soleh. Berkatilah ilmu kami dengan tabligh yang berterusan. Berkatilah ilmu kami dengan amr ma’ruf dan nahy munkar. Berkatilah ilmu kami dengan bertambahnya lagi; bukan membeku apalagi berkurang.

Ya Allah, sesungguhnya telah Engkau letakkan amanah di atas bahu2 kami. Sesungguhnya telah engkau pilih kami untuk Kau berikan kebaikan2Mu sepertimana yang dikhabar oleh Rasulullah s.a.w

“Man arada bihiLLAHU khairan yufaqqihhu fid din” 

Ya Allah, telah Kau pilih kami sebagai pewaris2 Anbiya’Mu.

Maka, ya Allah, kami pohon dipinjamkan segenap kekuatan rohani, jasmani & minda, agar dapat kami pikul amanah yang diberikan dengan sebaik2nya.

Ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Mengetahui akan musibah yang menimpa umat Islam hari ini. Sesungguhnya Kau berjanji tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan ia sendiri yang merubahnya. Sesungguhnya Kau berjanji, dengan ilmu, Kau tinggikan darjat hambaMu. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar bisikan halus hati kami ingin membantu menaikkan Islam dan menjatuhkan musuh. Ya Allah, bersaksilah.. dengan ilmu dapat kami tebus maruah umat ini. Dengan ilmu,  juga iman terhadapMu, dapat kami buka kunci rahsia alamMu. Dengan ilmu juga dapat kami takluki dunia ini. Agar nama Islam kembali mewangi.

Al-Islamu ya’luw wa la yu’la ‘alaih.

Itu janjiMu. Dengan ilmu, kami berjanji akan menagih janji itu nanti. 

Ya Allah, jadikanlah kami qudwah solehah kepada masyarakat sebagaimana kau jadikan Rasulullah s.a.w uswah hasanah kepada ummat. Sinarilah diri kami dgn hikmahMu. Anugerahkanlah kami ilmu yang luas, pemikiran yang tajam, peribadi yang mulia dan kata2 yang berhikmah. Permudahkanlah kami meneruskan pelajaran; dalam bidang apa pun, di bumi mana pun jua. Jangan Kau sukarkan laluan kami dalam menuntut ilmu, jangan Kau noktahkan langkah kami dalam mengharungi ujian2Mu.

Ya Allah, ke mana jua Kau rezkikan kami selepas ini, kami mohon anugerahkanlah yang terbaik buat kami. Haluan mana yang Kau taqdirkan kami, kami mohon jangan di pisahkan hati2 kami.

Ya Allah, sesungguhnya hati2 ini telah terhimpun dalam mencari redhaMu. Sesungguhnya hati2 ini telah terikat dalam meggapai kasihMu. 

Sesungguhnya hati2 ini telah bersatu dalam menuju cintaMu.

Maka ya Allah, Kau perteguhkanlah ikatan hati2 ini. Jangan sesekali Kau rapuhkannya biarpun jauh jarak waktu dan tempat yang memisahkan. Kami mohon Kau jadikanlah ia sentiasa utuh dalam pemeliharaanMu.

Ya Allah, bila sampai masanya nanti, Kau satukanlah kami kembali. Agar dapat sama2 kami teruskan amanah ini. Agar dapat kami terus perjuangkan agamaMu di muka bumi ini. Bila tiba giliran kami nanti, tetaplah Kau terus memimpin kami. Agar sunnah Anbiya’, auliya’, ulama’ dan asatizah dapat terus kami susuli.

Ya Allah, akhir sekali kami pohon agar Kau sentiasa merahmati kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka merahmati kami semasa kami kecil. Balaslah jasa2 dan kebaikan2 mereka untuk kami dengan sebaik2 balasan. Juga Kau berkatilah Madrasah kami dan seluruh lapisan warganya. Berkatilah guru2 dan juga Mudir kami. Limpahkanlah segala rahmatmu terhadap Madrasah kami dan madrasah2 yang lain juga. Ya Allah, kami pohon kau lindungilah institusi2 yang bernama madrasah.

Mudah2an dapat kami membalas jasa suatu hari nanti; samaada secara langsung mahupun tidak.

Ameen Ya Allah..

Ameen Ya Rahman..

Ameen Ya Raheem..

Ameen Ya Rabbal ‘alameen…

HasbunALLAHU wa ni’mal wakeel, ni’mal mawla wa ni’man naseer,

Wa la hawla wa la quwwata illa billah “

 

 

 

 

Now, that is the reality of graduation. Allah yuwaffiqukum

 

Love,

Umm Tuqa

 

 

 

(THANK YOU SANGAT ZAH. love you so much. )

 

Advertisements

February 21, 2009 - Posted by | 1

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: